Pengantin
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Industri Perkahwinan Melayu kini tergugat?

Go down

Industri Perkahwinan Melayu kini tergugat? Empty Industri Perkahwinan Melayu kini tergugat?

Post  shahmar Tue Jun 03, 2008 5:03 pm

Perniagaan Mak Andam atau " Wedding Planner" bagi masyarakat Melayu umumnya kini dimulai dijajah oleh bangsa lain di Malaysia. Contohnya di Perak, terdapat banyak butik-butik andaman yang dimonopoli oleh bangsa lain.

Setiap hari "walk-in" pelanggan mereka melebihi 5 pasangan, saya hairan, begitu banyak butik andaman Melayu tetapi mengapa mereka memilih peniaga bangsa lain yang juga menyediakan pelamin, andaman, dan sebagainya.

Kenapa kita Melayu yang kahwin tetapi bangsa lain yang untung dan kaya? Mengapa bangsa lain di Malaysia kahwin tetapi butik Melayu tidak dipilih mereka? Memang ada Melayu yang berjaya mendapat perhatian bangsa lain, tetapi berapa peratus? 1%?Kenapa kita Melayu yang kahwin tetapi bangsa lain yang untung dan kaya? Mengapa bangsa lain di Malaysia kahwin tetapi butik Melayu tidak dipilih mereka?

Bukan mudah untuk merubah mentaliti kaum lain yang setia pada bangsa mereka dan ingin melihat bangsa mereka terus maju di Malaysia, tetapi mengapa Industri Perkahwinan kita, yang kaya dan berjaya akhirnya mereka?

Fikir-fikirlah, saya terkilan kerana kini ramai rakan-rakan seperjuangan saya di Perak menghadapi persaingan bukan sahaja dari golongan kita tetapi juga bangsa lain yang kini semakin maju dan semakin ramai menjalankan perniagaan seumpama ini.

Saya juga pernah didekati oleh salah seorang peniaga yang baru membuka butik andaman berbangsa Cina untuk menjadi "supplier" pelamin bagi kedainya. Saya boleh menerima undangan peniaga tersebut jika utamakan keuntungan syarikat saya, tetapi seumpama saya membunuh industri perkahwinan Melayu dan juga rakan-rakan yang lain. Wang Ringgit tidak dapat menggantikan nilai estetika jati diri pada bangsa kita.


Artikel oleh:
Sharifah Karteena bt Syed Abdul Jalil (karteena)
Our Wedding Sdn Bhd
shahmar
shahmar

Posts : 18
Join date : 2008-04-17
Age : 39
Location : Penang | Parit Buntar

http://indahpandang.fotopages.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum